Selasa, 28 Jun 2011

Cuba mematangkan diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhir-akhir ni dah rasa macam nak mencipta masa depan. Mungkin sebab dah nampak 'jalan' dan arah tujuan kot. Selama ni cuma pegang prinsip 'Just Go With The Flow', tanpa sedar yang prinsip tu kadang-kadang buat diri ni makin statik, tak nak bergerak, tak nak move forward, tak nak maju, nak stay kat 'comfort zone'..blablabla (yang sama maksud dengannya lah) hehe. Dan sekarang, insyaAllah, mula merancang dan bergerak, walaupun 'pace' pergerakan tu nampak macam sangat perlahan..(adess,my Bad -> slowpoke) huhu

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mematangkan diri ni.. Tak kisahlah penglibatan kamu tu secara langsung atau tak langsung. War minta maaf kalau war nampak macam pentingkan diri sendiri, tapi betul: kita tak boleh puaskan hati semua pihak. Minta jasa baik kawan-kawan, tegurlah war, kalau nampak war tersasar dari landasan yang sepatutnya. (^_^)

Kepada belaiu yang membantu diri ni mencari hala tuju hidup (dan menjadi sebahagian darinya) : Terima kasih awak. Saya sangat menghargai kewujudan awak dalam hidup saya. Semoga awak sentiasa di sisi saya, dan semoga kehadiran saya dapat membantu awak berubah menjadi insan yang lebih baik.

*Definition of the other half: When we are better, when we are with them: <- InsyaAllah
*Kadang2, penantian tu memang berbaloi. Berdoalah, semoga apa yang dihajatkan adalah yang terbaik buat diri, keluarga, agama & masa depan. Kita takkan pernah dapat merubah masa silam. Jangan pernah menyesal, anggap semua yang berlaku sebagai pengalaman untuk mematangkan diri, dan merubah diri ke arah kebaikan.

"Love is not about finding d right person; but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning, but how much love you build till d end"
Kepada 'pemilik tulang rusuk yang dipinjamkan buatku', maafkan diriku atas ketidaksempurnaan diriku kerana sesungguhnya ~ I am perfectly imperfect~.

<Kita hanya merancang, hanya Allah yang boleh menentukan>