Selasa, 19 Jun 2012

Happy Anniversary... (gatai)

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, genap setahun lepas dia melamar.. huhu. *blushing*
*dari lampu kuning, terus kena tukar lampu hijau* huhu

Tapi malam tadi kurang stabil. Mata bengkak. Nangis banyak-banyak.
Layak ke nak tukar status- nak pikul tanggungjawab ni semua.

Sekarang ni, kalau malas basuh baju, boleh tinggal je dulu.. Basuh lepas 2 hari atau paling malas dekat2 hujung minggu.. akan datang? mana boleh macam tu.

Sekarang, kalau rasa 'tak ada selera' nak menghadap dapur, tak payah makan, bancuh nestum je.. atau makan maggie sudaa..hehe. Akan datang, tak boleh macam tu, ada perut lain nak dijaga. =p

Sekarang
, balik kerja boleh lagi masa senja2. Dah azan maghrib baru tunjuk muka mandi pun dh malam buta, akan datang mana boleh macam tu. Kena balik awal, sambut kat muka pintu, kena make sure diri bersih, berseri tak berbau (ceewah)

Aiyo, war... betul ke ni?

Dulu, macam sanggup je kalau ditakdirkan terpaksa hidup bermadu. Sebab tau, kalau suami (walau siapa pun beliau-masa tu-)betul terpaksa buat, maknanya beliau memang sanggup dan mampu. Serta percaya beliau 'anugerahkan saya seorang-dua-madu' (harap tak dicukupkan kuota hehe) atas sebab kekurangan saya sendiri. (wallahua'lam). Mungkin tak cukup pandai masak, tak cukup comei, tak cukup lengkap...atau apa jua alasan pun; saya tau,insyaAllah ada hikmahnya.. mungkin kalau saya dimadukan, kami akan kumpul rindu..hehe biar masing2 tak jemu. hehe.
dan boleh nk berjaga malam,puasa tanpa sibuk2 nak minta izin masa suami kat rumah madu lain.hehe.

Ops, saya tak pernah impikan nak hidup bermadu-TIDAK- cuma selalu nak sedarkan diri. manusia tak sempurna. Mungkin saya banyak kurangnya.


Tapi malam tadi... hanya sebab nampak contact name sejarah silam beliau dengan ex dia pun, rasa sedih. rasa pedih... ni belum apape lagi.. akan datang, betul ke kamu sanggup dimadukan ni war... (walaupun tahu beliau insyaAllah tak buat, tapi ketentuan Allah siapa tau.. kot kami murah rezeki nak hidup ramai2..hehe)

Ya Allah.. fragile sungguh rasa hati ni.
Maafla awak, macam tak matang pulak saya rasa macam tu. Masa awak telefon malam tadi, tak sanggup luah, sebab saya tau awak tak ada buat salah. Awak dah terlampau banyak mengalah, sanggup rendahkan ego bagai, asalkan saya berubah... tapi saya... huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

nak nanges. minta ampun ye. Harap saya bertabah. (haish, terlebih air dalam badan ni wardah)

*p/s: takkan saya dah terlebih sayang kat awak kot. huhu

Biiznillah
89DTG

Jumaat, 8 Jun 2012

Its 8th June.... hehehe

Bismillahirrahmanirrahim...

kurang stabil.

Its already 8th June... wow, I love number 8.. hehe

Slownye saya... Biiznillah


100DTG

Selasa, 29 Mei 2012

How could I reveal my dream to you?

Bismillahirrahmanirrahim...

Yesterday is our 'friendship anniversary' (apakah? huhu), yet I'm still guilty for not yet submit the assignment given (since last year)...

Well dear, actually, how could i reveal/confess my dream.. (T_T)

Yup i do use word "confess" as it may 'humiliate' me..(secara tersiratnya)
My previous dream is to see you happy. Once i know you're happy, I'll let you go. But now? My dream is to make you happy!! haha..semua pasal kamu.
(tak masuk, nk pergi umrah sebelum umur 35)

What ever you do, where ever you go, when ever you need, i"ll be there for you, to support you, to be with you... (tak ke cheesy giler statement ni)malu la nak cerita.. huuu

Kerana itulah saya tak mau REVEAL my dream. Saya cuma nak jadi orang yang sederhana serba serbi. Cukup apa adanya..sebab takut terlupa matlamat sebenar-My Ultimate Dream- Happily Ever After..Here and Day After.. to be you wife.. in world & Jannah.


Oh, berangan sudah.. tapi moga Allah permudah...

*Saya tak mahu kereta mewah, takut 'riak' dgn org yg bertaraf lebih rendah
*Saya tak nak kerja Pangkat tinggi, kalau cuma wat saya tak ada masa utk diri & suami famili..
*Saya tak nak rumah besar, kalau cuma wat kumpul habuk dan terbiar
*saya tak nak kereta menjalar (lebih dr satu), sbb tak nak kita seperate bila nak ke sana ke situ =p
*saya tak nak hidup kaya, takut anak2 terlampau dimanja- tak reti buat kerja
*saya cuma nak hidup sederhana, akhirat dikejar..kat dunia sekadar senang-seadanya...

InsyaAllah.

110 DTG. Fuuuh

Rabu, 2 November 2011

Etika Berdialog Dalam Islam

Etika Berdialog Dalam Islam

Huu..haruslah disimpan link2 yang berguna biar senang nak rujuk masa akan datang. (M0n0log =p )

Adab 1: Ucapan yang dituturkan haruslah baik; bertujuan menegakkan kebenaran, menolak kebatilan.

Adab 2: Berbicara berasaskan kebenaran; dengan hujah2 ,keterangan dalil2 serta bukti.

Adab 3: Penjelasan yang 'terang', hormati tahap pemikiran dan hujah2 rakan dialog/pendengar.

Adab 4: Akhlak berdialog- tidak marah, 'perli', menjengkelken, mengumpat, etc.

Adab 5: Pelihara keamanan sehingga sesi dialog/perbualan selesai, tanpa ancaman.

Adab 6: Tiada paksaan, unsur2 merendah-rendahkan atau memperkecilkan sesiapa terutama rakan dialog/pendengar.

Adab 7: sedar tanggungjawab. Tidakmenyerang atau menimbulkan permusuhan.

*InsyaAllah* kena betulkan la war (^_^)

Isnin, 31 Oktober 2011

DS Ashiteru... menuggu.flv

Sesungguhnya Aku Rela...
Aku rela andai tiada RINDU untuk diriku, tapi jgn sampai tiada RINDU untukNya..
Aku rela andai tiada MASA untuk diriku, tapi jgn sampai tiada MASA untukNya..
Aku rela andai kau JAUH dariku, tapi jgn sampai kau JAUH dariNya..
Sesungguhnya aku rela andai kita KURANG DISINI asal kita LEBIH DISANA.
 
Dedicated to: My Other Half (Bi Iznillah)

Rabu, 19 Oktober 2011

Janji Allah itu Pasti

JANJI ALLAH UNTUK MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN..~

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?~

Khamis, 13 Oktober 2011

why does Love always become a topic?

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa sentiasa bergerak... tapi kadang-kadang, tak sedar yang dah biarkan diri sendiri statik, tak bergerak seiring dengan masa tu sendiri. Padahal, setiap kita cuma ada 1 saat je..(kan?)
Sebab 1 saat dah dilewati, dan kita takkan pernah boleh nak undur balik masa tu.
1 saat pulak sedang kita nikmati, dan terserah kat diri nak buat pengisian 1 saat tu macam mana pun,
dan lagi 1 saat, kita takkan pernah tahu yang kita sempat sampai ke tak untuk merasainya...
maka, setiap dari kita memang cuma ada 1 saat sahaja, kerana Maut itu, datang dari saat ke saat.

Sedar tak sedar, dah 13 October 2011. Tapi macam terlalu lama pandang 'rear mirror' dan tengok sejarah silam, padahal cermin kat depan mata ni lagi besar untuk dilihat... Tak lama lagi,dah bina sejarah lain. InsyaAllah.

Tapi....
Yup, sedar yang diri sendiri banyak dah berubah. Ada yang ke arah kebaikan, ada juga yang masih statik, dan lebih teruk bila ada bidang yang nampak makin teruk.
Susah juga bila dah tak jadi formal student. Hati susah nak jaga, pemikiran susah nak kawal, ikhtilat susah nak cegah..tapi rasanya tu semua alasan je.. sebab dah mulakan 'sesuatu' tanpa fikirkan kesudahan.
(Not start with an end in mind?)

Barang yang lepas, jangan dikenang, kalau dikenang, merosaklah badan..lalalalala

love changed me.. the way i think, the way i act,
the way i decide..
sometimes, i even go against my principles
and beliefs in life..
loving doesn't mean I'll always be happy..
sometimes, all it provides me is pain and misery..
yet i was blinded by strong emotions
that i failed to see reality..
sometimes, letting go is the answer..
it hurts like hell, but i will soon realize that
it's better to see the person i love to be happy with someone else than to be lonely with me


InsyaAllah..ada hikmahnya.. (^_^)
Huish..tik..tok..tik..tok..dah berapa saat dah aku bazirkan.huhu.

Perancangan manusia..(buat aku nervous)
Perancangan Allah (wallahua'lam) 
Semoga dipermudahkan segala urusan..Amiin.

Selasa, 27 September 2011

Bersediakah??

Bersediakah Anda Menjadi Suami? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3690-bersediakah-anda-menjadi-suami.html

Bismillahirrahmanirrahim.

Seriusly, semalam baru je sampai surah At-Thalaq ni... hari ni pulak terbaca artikel yang berkaitan. Jadi, Hikmahnya, war harus simpan artikel ni kat tempat yang war senang nak rujuk kot.. (blog sendiri la pun...hehehe)

"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]

4 Ciri Utama Penentu Kebersediaan anda sebagai seorang suami.
1) Kepimpinan
2)ketegasan
3)Pemelihara dari api neraka
4)Memberi Nafkah.

Semua huraian ada dalam link di atas.

*Pesanan buat diri sendiri.
Betulkan diri sendiri dulu war, tak yah nak susah payah cuba ubah orang lain.

"Wahai wanita solehah (insyaAllah baru nk gerak ke arah tu)...
Jgn risau akan jodohmu,
kerana Muslimin yg bijaksana
tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan,
lirikan senyuman, pada bicara manja menggoda @
pada pujuk rayu wanita yg meruntuhkan imannya.

Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu...
CUMA
peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kamu tetap di atas jalanNya,
insyaAllah si dia turut di jalan yang sama."
(^_^) Nice sms from kak shida...

hm..jadi wardah, kot-kot jumpa dengan 'pemilik tulang rusuk' yang dipinjamkan utk mencipta kamu sok,
jangan pernah menyesal kalau 'beliau' tidak sepeti yang kamu harapkan.
Sebab sedikit sebanyak, kamu juga penyumbang kepada sikap 'beliau' itu...
Mungkin kamu tak cukup baik, maka tak layak untuk dapat 'beliau' seperti yang diidamkan..

Maka...
BERUBAHLAH...agar 'beliau' (yang masih lagi menjadi rahsia Allah itu) turut diberi hidayah untuk menjadi lebih baik...
InsyaAllah.

May Allah Bless.....

Rabu, 7 September 2011

07 September 2011...

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah.. panjang gak umur aku rupanya..huhu

Hari tu sebelum raya ntah kenapa leh terasa lain macam… g baca balik nota2 lama, macam sama pulak dengan tanda2 kematian.. Ya Allah risau sangat..sebab akhir2 ni dah macam tahap ‘kebaikan’ diri berkurangan. Bukan kata dulu aku ni baik sangat, Nope!!!, Cuma sedar yang agak teruk sikit perangai ni ha… Tapi masih bersyukur sebab Dia masih bagi peluang dan ruang (serta masa) untuk perbetulkan mana yang salah. Tak boleh ulang kembali..yup, what done is done… Regret? Yup, agak la… takkan tak menyesal kalau dah terang2 tau yang diri sendiri dah buat salah kan. Cuma tak nak dwell sangat dengan kesalahan yang dah tak boleh nak diubah.

Ya Allah, janganlah Kau tarik nyawaku sebelum aku sempat bertaubat kepadaMu.
Engkaulah sebaik-baik perancang, maka janganlah Kau biarkan aku mengatur perjalanan urusanku walau sedetik Cuma. Perkenankanlah permintaan hambaMu ini Ya Rabb, Tuhan Yang Maha Memperkenan, Pengampun segala dosa, Pemilik sekalian Alam…
Amin Amin Amin Ya Rabbal A’lamin…..

Ok, 07 September is here..huhu… Tak lama lagi dah. Tapi, tak mula buat apape pun. Risau weh!!! Nak simple2 je. Less is always more. Harap semangat nak mulakan tu cepatla datang, dan janganlah Cuma hangat2 najis ayam je… huhu.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

*Today..lagi XX bulan..hehe

Selasa, 23 Ogos 2011

YLKC

Isk patutnya wordless wednesday kan..tapi malas nak cakap gak hari ni.huhu..
layan lagu je la.


Got d view? haha... Am i paranoid or what? =p

YANG LEBIH KAU CINTA

Ku cuba 
Untuk jadi yang terbaik
Namun ada dia
Yang lebih kau cinta
Yang lbih kau cinta

Namun ku
Akan terus berusaha
Untuk memenangi
Walaupun ku tahu
Kecundang jua Akhirnya

Mengapa
Tak dapat aku memadamkan
Kenangan manis bersamamu
Bahagia yang aku harap-harapkan

Tak ingin
Aku rasa dipertandingkan
Sehingga diri diperbandingkan
Untuk Selamanya

Ketika cinta ini
masih lagi, bertakhta
Selagi jiwa ini,
masih jua,ingin dipuja
Katakanlah padaku
di mana kekurangannya
Untuk kita bahagia
BerDua saja....


Bisakah
Aku jadi yang terbaik
Kerna Ada dia
Yang Lebih Kau Cinta
Yang Lebih Kau
Cinta

Isnin, 22 Ogos 2011

Lirik lama- Kebahagiaan dalam perpisahan.

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat lagu ni pulak. tiba2 je.. Harap sangat beliau pun dapat hayati lirik lagu ni.
*semoga wardah tetap bersabar =p..Gediks

Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan


ok..dh betulkan typo. cet

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ramadhan... sekejapnye berlalu

Dan Tuhanmu berkata ,Berdo’alah kamu kepadaKu, Pasti akan Kuperkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina” (Q.S. Al Mu’min : 60).
Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan ni Cuma datang setahun sekali je. Tahun depan, tak tahu yang kita sempat nak bertemu lagi tak. Tapi kenapalah diri ni kadang-kadang terlupa/terleka dengan fakta ni. Abaikan peluang yang ada, padahal masa nilah semua ibadah, pahala dilipatgandakan.. hukhuk dah mensia-siakan beberapa hari ni. Kena Gerak!!! Laju sket. Ramadhan dah nak habis.. (T_T)

Ops, peringatan buat diri sendiri. Janganlah jadi hamba Ramadhan..jadilah hamba Allah.
Sebab ada je orang yang puasa, tapi masih tinggalkan solat. Bukan ke rukun solat tu lebih awal dari rukun Puasa? hm,harap kita semua tak tergolong dalam kategori hamba ramadhan. Dan kalau tersilap, boleh je nak berubah, selagi nyawa masih kat badan, selagi matahari masih terbit dari Timur. Jom Berubah!!!

(^_^)Buat kawan-kawan
Jaga Kesihatan
Jaga Keselamatan
Jaga Solat
Jaga Iman
Jaga Amal
Jaga Hubungan ngan Kengkawan
Jaga Tertib & Hubungan dengan Al-Quran
Jaga Hubungan dengan Allah
Jaga Pandangan
Jaga Tingkahlaku
Jaga Aurat
Jaga Batas Pergaulan
Jaga lah semua..hahaha (macam banyak pesanan buat diri sendiri je..hehe)


✿ WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~ ~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung ✿ ✿ ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~ ~* Tapi orang yang baik tentu akan solat ✿ ...... ✿ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang ~Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa✿

Ilalliqa'..12 Ramadhan 1423H

10 August 2011:: Graduasi @ Tamat pengajian sekolah orang dewasa (sekolah memandu..huhu)


Bismillahirrahmanirrahim

…. Ok sambung..huhu, fikir-fikir balik, macam dah terlebih detail hal2 yang tak sepatutnya pulak kat entri sebelum ni..huhu, ringkasan sebelum tarik JPJ Test a.k.a kelmarin;

Datang kelas memandu (praktikal),mulakan dengan kereta. (kak zura buat motor)
Sebab Cuma boleh datang masa weekend, kenalah ambil 4 jam satu kelas, maknanya Cuma ada 2 sesi je la (Huh!dahla war ni buta keta…x pernah ambil tau pasal keta..aigoooo) takpe, booked la awal2 dengan cikgu tu: Hairuddin (panggil cikgu Hairul je) macam muda lagi, jenis cool je.
1st kelas-terus g jalan raya,laluan A(pejabat tanah).ni jalan jauh. Kena marah sebab pegang stereng macam pegang stereng lori,tangan tak reti static.huhu. sambung belajar buat parking bukit,lama giler. Pastu parking side, then habis. Tak sempat buat 3 penjuru sebab ramai queue.
2nd class- cikgu suh amik JPJ test 27 July. Dia kata yakin war boleh bawak. Bodek2 dia, kata takmo. Belajar buat 3 penjuru. Serius, x pandai2...

Belajar motor: memang kena 2 kali je, 4 jam setiap sesi.
Naik titi,asyik jatuh2 je. Masa datang dengan kak zura (23 July) baru macam tenang dan konfiden sikit, 2 kali je jatuh. Huhu.

Argh, panjang jugak… Ringkasannya, cikgu Hairul percaya yang war takmo ambil tet 27 July, maka dia tak hantar nama war kat JPJ. HU…..agak sedih, sebab akak zura test hari tu, dan dah minta cuti punsebenarnya…hukhuk, xpelah.
*Kak zura lulus dengan cemerlang masa Test JPJ lesen motor dia pada hari kejadian (agak jeles disitu)

10 Aug 2011 (Yeah, cuti…huhu. Test JPJ dengan adik atikah)

Tunggu kat depan skolah bulat-van ambil-sampai, daftar-nombor giliran 4!! (sebab ambil 2 lesen), ni untuk Ujian motor, Kereta: No.48.

Buat Ujian motor dulu, berkenalan dengan adik Fiza, dia no.1, atikah no.2… no.3:MIA…cet.

Ujian Bahagian II (Motorsikal).
(Titi-Kon-Brek-Ujian 8-Selekoh Tajam)
Fiza-lepas Titi…proceed
Atikah- motor tak naik titi pun (aduh,demotivated jap,sebab lepas tu turn war) Tikah terus pergi tapak ujian Bahagian III.

War-Titi,rasa macam laju je..huhu,kira sendiri macam cuma 5 saat, tapi encik JPJ tak tiup wisel, maka teruskan jelah..huhu…
Sambung Bahagian III.
Ngaa…lupa check side mirror, sedar pun masa dah gerak. Isk,jalan je lah. Wat macam takde salah. Huhu…  Alhamdulillah,lulus Bahagian II & III.Abang & Akak JPJ kat tapak ni senyum je…
*maknanya dah boleh dapat P Motor..tapi sebab ambil pakej double dengan keta, kena lulus 2-2 la..nyesal lak.hukhuk. Dahla 3 penjuru keta cuma pernah 2 kali je buat betul. (T_T) tawakal.

Ujian Bahagian II (Motokar). Kereta je sudaa. ngengada la.huhu

A) Ujian Bukit:
Terlambat sikit sebab pergi toilet.Perut meragam kalau stress.hahaha
Sampai tapak,memang turn war. Buat2 cool,masuk kereta, nak start balik kereta yang sedia on tuh!! (isk,wat malu je). Huhu. Akak JPJ atas bukit bagi signal suruh naik, ok, baca Bismillah. Tapi…..erk, handbrake takleh turun. Isk, sape ntah pedajal g tarik kuat sangat. Huuuu Tarik guna 2 tangan, baru leh turun. Gerakkan keta…ops,tertekan brek awal sangat, intai tayar, ¾ dah ada kat line, tapi macam tak puas hati, takut susah nak balancekan clutch n minyak nanti. Pandang akak JPJ, dia jeling,

A.JPJ: puas hati tak?
War: err..tak. Nak turun boleh?
A.JPJ: Nada kerek Ha,tak puas hati, turunlah.

Hu…malu je,1st time kot hari tu ada yang turun balik,xpe,buat lagi sekali. Ngam2 lawa tayar depan masuk line. (^_^) angkat tangan, Alhamdulillah. ok,g tempat parking.


B) Ujian Parking Tepi (lama tunggu sebab abang2 JPJ tu cuma nak guna 2 lot parking)
Ok,dapat parking yang biasa practice (Alhamdulillah). Wat macam biase -> Clear. \\(^_^)
Angkat tangan punya lama, abang JPJ tu pandang je,senyum pun tak,dia diam, war lambai2 sket,kot dia tengah berangan. Pastu baru dia kata ‘Keluar!!’ (Gaya marah anak murid) Cet!! Lantaklah, yang penting dia tak tiup wisel.. fuuh, nasib baik keluar pun ok. (^_^) pergi tapak 3 penjuru..huuu dah cuak time ni

C) 3 Penjuru
Buat-buat steady, masuk,1st time bawa slow giler, masa luruskan kereta, 1st time rasa lurus betul, dan kiri kanan ruang balance (alhamdulillah,memang Allah permudahkan urusan…huu..rasa duk senyum je.haha)
Keluar macam biasa (nasib baiklah tak mati enjin).

Alhamdulillah..lulus bahagian II. Ngee, nampak ura2 dapat lesen P sekaligus je. Isk, bazir pulak ambil pakej guarantee lulus tu.huhu. (over konfiden sebab selama ni semua cikgu yang war bawa g jalan raya, kata war leh bawa kat jalan, Bahagian II je diorang risau.huhu perasan)

Ujian Bahagian III
Harap dapat abang yang jaga Ujian Motor tadi(sebab dia suka senyum),tapi tak dapat sebab Fiza yang dapat beliau. Dia tu senyum je, macam senang nak handle, sebab tu kalau boleh nak dia.
Tikah dapat Akak JPJ (Kerek) huhu
War dapat? Ntah, mula-mula tak kenal, tapi JPJ Lelaki, muda gak la.ha, nak citer hal sepanjang dalam keta. Mula2, bagi Salam (tak dengar dia jawab, cet.) Bagi borang tu, Senyap lagi. Ok dia dah duduk santai, anggapan dah kena start. Checkla apa yang patut. Masa nak check wiper, air tu sikit je kuar, pandang dia.
War: Air ni memang sikit ye, jangan salahkan saya
A.J:………….
War: (erk, senyap je)Ok,sorry dah terlebih bebel.
A.J: Saya tak cakap apape pun.
War: (O_o)
Sambung check, tapi lupa tekan Hon. Aiyoo..masa nak gerak, baru ingat,
War: ops Hon. (Sengih pandang dia)
A.J: (pandang Borang, tak senyum pun, angguk)
 War: Hm,ni nak pergi mana?
A.J: (masih pandang borang,IC dan lesen war)Nak pergi jalan-jalan
War: (Isk) ha,yelah, nak jalan mana?
A.J: Jalan-jalanlah
War: Yelah,jalan A ke B?
A.J: Hm,saya nak jalan-jalan p taman.(Baru pandang orang.cet)
War: (Isk,gaya cam nak g taman bunga  je,kerek tol mamat ni) Ok. (Muka bengang,masukkan gear satu, angkat clutch…ha..tak jalan)
A.J: HandBrake!!
War: Ops..hehe (muka sengih cover)
A.J: Ni macam mana ni, awal2 dah ada pangkah. (Dia pangkah besar2 kat kotak tu)
War: (T_T) huhu..tulah kan..apelah… (baru nak pasang signal kiri)
A.J: Salah tu tau.
War: Hm..kan..patut signal dulu, baru gerak.
A.J: Lagi? Handbrake tak angkat,mana keta nak jalan.
W: huhhuhu…Takpelah, dah lepas. =p
Jalan…sampai nak keluar, (kwsn berbukit sket, kena balancekan clutch & minyak), time nak gerak, pandang kiri-clear,kanan-clear,balancekan keta,pandang kiri balik, prepare nak tarik handbrake-omak..ada bas laju giler, terkejut, angkat kaki kiri-enjin keta mati!! (LOL, time ni dah yakin fail)

War: (pandang dia) ni nak kena kuar keta ye? Kira fail la ek?
AJ: Awak yang nak dinilai,bukan saya
War: taknak kuarla,kita terus jelah eyh..konon2 senyum
AJ: (senyum, angkat bahu)
War: (Hidupkan balik enjin,balancekan,kuar cam biasa) hm,markah lulus berapa ye? Lupalah
AJ: Awak tinggal 18 ni, ada dua salah. Nak lulus kena 16.
W: Oh…
AJ:Hm, tau pun buat, tadi kenapa mati enjin?
W: tak balancekan minyak & clutch
AJ: tau pun, kenapa buat?
W: terkejut,bas tadi laju sangat…pastu…hm,xpelah, dah lepas. (malas nak pandang)
AJ: hm…Ni betul ke lesen & IC awak? 3-3 nampak lain.(muka aku-I/C-lesen)
W: (jeling lesen.) Hm,tu gambar kena paksa senyum… Muka standard yang kat IC tuh.
AJ: tapi Ok ape pic at lesen ni,(angkat sket lesen,letak sblh muka aku,compare)
W: (aku tikam org ni karang) hahaha…tu bukan muka standard
AJ: ada muka standard eyh.
W: yup (jeling je,tpi konon2 senyum..dah dia yang nak nilai)
AJ: (tukar kedudukan, pergi duduk menjauhi war/bersandar kat pintu, then pandang war)
W: (jeling) ni dah kenapa kena duduk macam tu? Duk cam biasa jelah.
AJ: (senyum je,pandang orang)
W: (sengal,jeling sket) tak baik encik,tengok macam tu, tu namanya gangguan terhadap pemanduan…huhu (cover muka,rasa panas,jeling side mirror & cermin pandang belakang sket- nasib baik jalan clear)
AJ: La, saya nak tengok awak memandu, kan saya kena nilaikan cara pemanduan awak.
W: Ceh, yelah2,tengoklah.. tapi perlu ke macam tu?
AJ: saya rasa selamat duduk kat sini
W: (huh? Jeling bengang, blur) awat? Takut kena siku ke kalau duk macam tadi? Huhu
AJ: hahaha…(duduk balik macam biasa)
W: malas nak cakap (drive macm biasa…selisih dengan apek bawa motor, tengok clear, orang potongla)
AJ: tengok tu….(jeling orang)
W: kenapa? (Jeling side mirrir kiri sket, Ni mesti patutnya kena bagi signal..aduss)
AJ: kenapa tak bagi signal masa ‘potong’ motor tadi?
W: (cover) ala, jalan selamat kan, lagipun,cikgu hari tu kata, kalau potong motor…(ops, terfikir sat,takut dia salahkan cikgu lak)..hm..xpelah,sorry.salah lagi la tuh?
AJ: hish budak ni… (geleng kepala) tadi lepas garis putus2 tak?
W: adalah lepas sikit.
AJ: Kalau lepas, kenalah bagi signal..
W: o…….ok,terima kasih. Hm, ada ura2 kena repeat ni.huhu. 24hb ni encik datang sini jugak ke? (pandang dia sekilas)
AJ: kenapa? Nak saya datang ke?
W: hahaha, takla,kot2 datang, & saya memang kena repeat,taknak la buat musuh kan..
AJ: Habis,nak buat kawan?
W: tak pun…neutral suda..(bagi signal kanan nak masuk taman, turunkan gear..) Alamak, tercepat lak turun gear =p
AJ: oklah tu… la…dah turun gear cepat, kenapa lambat pusing stereng.
W: (cover) hahahaa..banyaknya salah… macam besar je kemungkinan kena datang balik 24hb ni.hm…(dah senyum je,wat muka pasrah. Xpelah,nasib baik pakej gerenti lulus.huhu)
AJ: memang nak jumpa saya balik la ni?(sengih)
War: e’eleh…ntah hape2… kalau dah fail,kenalah datang lagi..hm,dahla jauh (ala2 mengeluh)
AJ: Jauh? Ni duk area sini je kan (pandang alamat kat lesen)
W: (Pandang lesen jap) Taklah, tu alamat umah mak kat sini, saya kerja kat subang,  duk kat sunway.
AJ: Owh..kerja per?
W: CS,Export import. (sambil jeling kiri kanan,n cermin sebab dah kat simpang. Ok,kena ambil kiri, pandang kanan, balancekan tayar..nice,tak de keta, leh kuar ni)
AJ: Awak dulu putih ke?
W: (terkejut) huh? (Pandang dia) Apesal pulak? (Pandang kanan balik,ah suda..ada keta banyak) isk…(mengeluh) kan dah kena tarik hand brake..
AJ: (sengih) gambar kat lesen ni putih sikit
W: (dah malas nak layan) hahaha…salahkan kamera kat excellent tu. Saya ambil gambar kat situ.huhu..(Duduk bersandar, Tak pegang stereng)
AJ: (Jeling stereng) hahaha, kamera eyh.Hm, kalau ye pun, tangan tu janganlah lepas stereng.
W: Ops…ahahahahaha ni macam confirm fail je.(cover, ok,jalan clear,keluar)
AJ: apesal tangan menggigil?
W: er..ada symptom Parkinson sket kot (dah rasa macam fail ni,layan borak jelah) huhu..baca surat khabar pun, xleh pegang, nanti jelas sangat gigilnye..hahaha
AJ: la..darah gemuruh ke? Teruk gak ye?(blablabla)
W: hm,tak tahulah tapi pasal nilah masa skolah join kadet polis dulu, medical check up ntah hape2. doctor kata saya darah gemuruh..(blablabla)
AJ: Owh… Dulu study mana?
W: UUM
AJ:UUM?
W: yup,kedah
AJ: Tau.. Tahun bila?
W: Awat? Ada adik blaja sana ke? (jeling dia jap) ops, isteri eyh. huhuhu
AJ: (sengih) adik…tapi dah konvo lama dah.
W: owh..(ha, dh sampai papan tanda, dah boleh bagi signal..ops, mak aih,aku terlebih had laju rupanya, dah 60lebih ;p) Encik asal mana? (cover biar dia tak tengok meter,nak slowkan  keta..huhu)
AJ: Awak rasa saya orang mana? (Pandang aku)
W: Hm..entah,tak tahu nak teka. Tapi rasanya bukan dari negeri yang ada slang macam Kelantan or kedah
AJ: Ye ke? Kenapa?
W: Sebab takde slang. Macam yang kat dalam tadi, ada yang kelantan...
AJ: (Pandang aku) yang mana? Jaga Ujian Parking?
W: Hahaha..yup. betul kan dia kelantan? Dahla buat muka ketat, senyum pun tidak. Macam kerek je masa suruh orang keluar tadi. ‘keluar!!’ (menganjing..)hahaha
AJ: Owh..muka ketat eyh… (diam)
W: huhu, janganlah bagitau dia (tak pandang sebab tengah turunkan gear)
AJ: (pandang aku) sayalah yang jaga parking tadi
W: (Erk, jeling dia sat) eh,taklah.. (cover,muka dah rasa panas)
AJ: kenapa? Sebab dia buat muka ketat?
W: ha’ah..huhu n dia kelantan…
AJ: La..sayalah..tadi saya tak pakai speck, ni pakai..
W: (Jeling lagi, sambil tekan brek nak masuk excellent balik) Bukanlah...
AJ : Iyerla,cuba tengok betul2. Tadi tak senyum sebab panas, dalam ni sejuk,oklah sikit.
W: Huu..taklah (muka cuak-aduh,tadi mulut gatal g kutuk kenapa…)
AJ: (gelak) iyerla..takpe,nanti tengok cop ye, same tak dengan bahagian II
W: huhuhu….(berhenti,angkat hand brake, sengih cover, pandang dia)
AJ: ni ha (tunjuk cop kat borang) kan sama ni nama kami..
W: erk..ha’ahla Encik Naz….(ape ntah) hahahaha..ala,sorry tau.
AJ: (Pandang borang, baru nak tanda borang tu) ha…cakap muka saya ketat ye (jeling,wat sengih skeptical) ni banyak salah tadi ni.
W; hahaha.. xpelah, kot kena datang lagi, datang jela..(pandang depan,malas nak pandang dia dah.malu je)
AJ: (isi borang tu) saya bagi 16 la ye.boleh tak?
W: erk? Hehehe
AJ: nah, sign
W: eh, lulus la ye?
AJ: lulus la…kenapa?
W: huhu…baru ingat kena jumpa lagi 24hb ni
AJ: hahaha..xpe,saya boleh pergi sepang cari awak
W: eyh? Hehehe (malas nak sambung, dah lulus… =p) terima kasih..Salam

Habis….giler ah. War paling cuak masa kutuk dia,cakap muka ketat bagai..huuu

 Hahahaha..InsyaAllah Khamis depan 18.08 boleh ambil lesen (kalau tak silap la) huhu... sengal la war, saja taip sepanjang ni sebab nak buat gelak2 masa zaman akan datang =p Giler panjang entry ni..hahahaha

Tahniah buat diri aku..ngahaha n awak: ok, 1 perjanjian terlaksana. huhu


Berterima kasihlah pada orang yang telah...
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT...
MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA...
MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu...
Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu...♥

Khamis, 11 Ogos 2011

Kronologi Lesen Memandu


10 AUGUST 2011: Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan olehNya

Bismillahirrahmanirrahim.

Uhuk2, dengan tak rasminya war men’declare’ bahawa sesungguhnya saya sudah lulus Ujian JPJ. Wahahaha.. Dah fosil baru nak ambil lesen memandu. Huhu.
Terlebih semangat pasal ‘pencapaian’ ni (gila kerek guna perkataan ni), maka war nak buat entri khas pasal ni. Hahahaha (ops, behave2, jangan riak.. =p) buat kenang-kenangan di masa akan datang. Woohooo!!!

Kronologi Lesen:

2010-Januari 2011: Dipaksa seseorang untuk mengambil lesen memandu. Buat perjanjian, anggaran May2011, dah ada ada lesen.

Februari-Mac 2011: Kes Saman, Kinabalu Trip… Maka, nak minta tangguh sampai hujung tahun / amend perjanjian à rejected. (T_T) Cuma boleh tukar, at least, May ada progress.

28 April 2011: Kak Zura tolong daftarkan nama (^_^) + deposit. Ambil pakej ‘guarantee lulus’ , lebih mahal RM100,( sebab tak yakin boleh buat Test JPJ sekali, terus lulus & sebab kak zura dulu failed, masa 1st time test JPJ lessen kereta dia) Huhu. *K.zura pun daftar, untuk ambil lessen motor.huhu. Nama sekolah memandu: Institut Memandu Excellent.

*okeyh, target kira tercapailah sebab 01 May memang dah ada 1st step nak ambil lesen. Hehe

May 7 & 8 – Kelas teori (menyesal daftar sekali kelas B2 &D, patut buat asing-asing..huhu)
May 27 – (jumaat) ambil leave, pergi ujian computer. (Cuak sebab 2 orang adik2 yang kenal masa kelas teori tu, dah ambil exam dulu, tapi FAILED..menakutkan betul) Alhamdulillah. Lulus (^_^) Dah boleh ambil lesen L.

Kak zura ambilkan lesen ni: (Serius muka lain sangat… nampak comel. Hahaha. Terima kasih akak excellent sebab paksa saya senyum..kehkehkeh)

Gedix... 


Ok, sambung entri lainlah. Panjang sangat. Haha

TBContinued…

Selasa, 26 Julai 2011

Selamat Hari Jadi Isteriku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Selamat Hari Jadi Isteriku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bismillahirrahmanirrahim..
sumber..atas tu punya link ye..hehe (tampal-cantum 100% dari sumber tu)

Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu! Pesanan ikhlas daripada Abang untuk dirimu yang bergelar isteri..

Sayangku, sesungguhnya...

-Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.

-Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah yaitu Yaumul Zalzalah.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catitan amalan daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.

Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini...

-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.

-sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya iman, ilmu serta amalan takwamu kepada Allah, maka ketahuilah hidupmu tiada makna.

Demikian itu isteriku...

Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,

-Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.

-Perbanyakkanlah membaca Al-Quran n maknanya, Kerana Dengan membaca Al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.

-Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.

-Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.

-Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.

-Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.

-Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.

-Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta di jaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)

-Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah !

-Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.

-Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah Di Yaumul Qiamah.

-Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah Az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.

" Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
Di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki JannahMu ya Allah." Amin !

" Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang Di Kasihi Iaitulah Robbul Izzati Dan Rasulullah Yang Dirindui "

Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku !

Ikhlas Dari Suamimu

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Kamarudin bin Toyo merupakan seorang penulis bebas yang sekadar ingin berkongsi nasihat dan pengalaman beliau dengan para pembaca. Blog beliau boleh dilayari di: http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com/

InsyaAllah...

Bismillahirrahmanirahim...

*Quick updates/reminder for myself.

Berubah.kerana Allah.
Kembali kepada fitrah,insyaAllah.
Kesempurnaan hanya milik Allah.

Janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakan' pasangan 'jahat' yg belum halal bgimu , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang & putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu, bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar
Source: Zaharuddin.net

Isnin, 25 Julai 2011

alhamdulillah..Officially '2 Dozens'. may Allah bless

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..i'm officially collected 2 dozens of years.. Thx mak..thanks bapak.. adeh,serius rasa nak nangis..teringat giler2 kat arwah abah..(T_T) x sempat nk wat dia gembira, tak pernah buat dia bangga, tak mampu buat dia bahagia masa hayat dia... n kadang2 cuma dapat kirim fatihah je hari2, durhaka betul aku ni.

hm..umur bertambah, usia kat dunia makin kurang...amal macam statik..hari2 wat yang wajib je..yg sunat cam makin kurang.. dosa cam makin banyak.. yg syubhah macam tak terkira.. Ya Allah....janganlah Kau bolak balikkan hatiku setelah beri petunjuk kepadaku..janganlah Kau tarik nyawaku sebelum aku sempat bertaubat kepadaMu..Amiin. moga peluang masa & usia yg ada, digunakan sebaiknya, InsyaAllah...

*huu..mak aku ada Deja Vu ke hapa..baru taip pasal dia, dia call wish birthday.. adeh..leleh suda...

*dan dedicated buat Awak...
thanks buat kamu sbb tak marah sy semalam.. even sy dah wat kita sesat barat sampai n9 (walaupun cuma nak g sg.congkak...wat bonet barang kamu kotor ngan habuk tikar.. ngan minyak ayam tu.. n wat keta kamu bau ayam sampai hr ni... maaf sebab dah spoil our day... will take note of all my mistakes..

semoga semua doa2 dr kwn2 diperkenankanNya.. Firming my grip..back to Fitrah..back to Allah.. InsyaAllah

When we truly care for someone, their mistakes never changes our feelings because it is the mind that gets angry but the heart still cares... ツ

Mode: swing..hahaha...


Happy birthday myself... May Allah bless...

Selasa, 12 Julai 2011

it's 12th JULY!!! argh....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...tak sangka dapat jumpa balik tarikh ni..huhuhu

Selamat hari ulang tahun kelahiran wahai sahabat dunia akhiratku (one of..la) Cik Zulina *lurve*

udah berjubli perak kamu ye..huhuhu..miss our memory.. miss spending time with you..





n tarikh ni jugaklah genap 2 tahun sejak pertemuan pertama kami (eceyh..war dah menggediks ar tuh) hehe...


tu dia,,,1st time kuar ngan lelaki yang ntah mana ntah. huhuhu.. untung ada lappy dia kat den sekarang ni, leh selongkar gambar lama yg dia simpan wat khazanah sensorang..hehehe..

ok,saja mengulit kenangan di pagi hari.. (^_^) miss this memory.. Mid valley, 12 July 2009.

may Allah bless all of us..Amiin..

Khamis, 7 Julai 2011

Sebutir Kasih Sejuta Sayang: ♥...Pernikahan atau Perkahwinan...♥

~Assalamualaikum~

Blogwalking..and find something very interesthing here...(please refer the link below)
Tapi, memandangkan sy ni wanita (eceyh)..maka, fokus yang part ni jelah: (seriusly, memang 'kopipes' je...huhu

¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Isteri
  * ★      ✰
¤    *  ✭

Pernikahan atau Perkahwinan

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub atau pun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya

Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤
╔╗
║║╔═╦╦╦═╗
║╚╣║║║║╩╣
╚═╩═╩═╩═╝
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥/█\
Your Husband / Wife

_____♥_♥_♥_♥_______♥_♥_♥_♥______
___♥_________♥___♥__________♥___
__♥____________♥_____________♥__
__♥____________♥_____________♥__
__♥__________♥Cinta♥__________♥__
___♥_________♥Apa ♥__________♥__
____♥_______♥Adanya♥_______♥___
______♥___________________♥_____
________♥_______________♥_______
__________♥__________♥__________
____________♥_____♥_____________
______________♥_♥_______________
_______________♥________________

Sangat terharu....huuuu...(especially: ..
bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah)
Peringatan buat diri sendiri..whomever 'he' is, terima dia apa adanya... kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai (diredhai ye..bukan pasrah, maknanya, kena berusaha untuk saling melengkapi & bantu untuk dia berubah..kalau dh usaha sebaik mungkin, tapi takleh gak, then baru redha, dan teliti apa yang berlaku..MESTI ada hikmahnya sbb Allah knows best) (^_^) InsyaAllah

sumber:
Sebutir Kasih Sejuta Sayang: ♥...Pernikahan atau Perkahwinan...♥: "♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥ ............PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN.......... ♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•..."

*p/s: Gataikah kalau lately memang tertarik nak baca benda2 macam ni? hahahahahaha