Memaparkan catatan dengan label santapan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santapan hati. Papar semua catatan

Selasa, 27 September 2011

Bersediakah??

Bersediakah Anda Menjadi Suami? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3690-bersediakah-anda-menjadi-suami.html

Bismillahirrahmanirrahim.

Seriusly, semalam baru je sampai surah At-Thalaq ni... hari ni pulak terbaca artikel yang berkaitan. Jadi, Hikmahnya, war harus simpan artikel ni kat tempat yang war senang nak rujuk kot.. (blog sendiri la pun...hehehe)

"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]

4 Ciri Utama Penentu Kebersediaan anda sebagai seorang suami.
1) Kepimpinan
2)ketegasan
3)Pemelihara dari api neraka
4)Memberi Nafkah.

Semua huraian ada dalam link di atas.

*Pesanan buat diri sendiri.
Betulkan diri sendiri dulu war, tak yah nak susah payah cuba ubah orang lain.

"Wahai wanita solehah (insyaAllah baru nk gerak ke arah tu)...
Jgn risau akan jodohmu,
kerana Muslimin yg bijaksana
tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan,
lirikan senyuman, pada bicara manja menggoda @
pada pujuk rayu wanita yg meruntuhkan imannya.

Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu...
CUMA
peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kamu tetap di atas jalanNya,
insyaAllah si dia turut di jalan yang sama."
(^_^) Nice sms from kak shida...

hm..jadi wardah, kot-kot jumpa dengan 'pemilik tulang rusuk' yang dipinjamkan utk mencipta kamu sok,
jangan pernah menyesal kalau 'beliau' tidak sepeti yang kamu harapkan.
Sebab sedikit sebanyak, kamu juga penyumbang kepada sikap 'beliau' itu...
Mungkin kamu tak cukup baik, maka tak layak untuk dapat 'beliau' seperti yang diidamkan..

Maka...
BERUBAHLAH...agar 'beliau' (yang masih lagi menjadi rahsia Allah itu) turut diberi hidayah untuk menjadi lebih baik...
InsyaAllah.

May Allah Bless.....

Rabu, 26 Januari 2011

http://www.facebook.com/notes/syahirulcom/doa-cinta-insan-yang-bergelar-adam/17851275218403

Doa & Cinta insan yang bergelar Adam

by syahirul.com on Tuesday, January 25, 2011 at 5:29pm
Wahai Bakal Tulang Rusukku...
moga lantunan bicara hatiku mencapaimu
di tanah terang ini kubuka hatiku
ketahuilah bahawa aku sangat mencintaimu

tiadalah redha Allah itu terbina atas cintaku
bahkan cinta itu kubina atas cinta-Nya
maka janganlah kau risau wahai bidadari
kerna sayap yang akan muncul nanti utuhnya menembusi syurga

kau mahal tanpa tandingan ulung
maka kumahalkan diriku lebih dari emas hitam
menjemputmu bukan dengan air liur kosong
tetapi dengan amal yang menjirus neraka hingga terpadam

manifestasi cintaku biar syurga-Nya
manifestasi benciku biar neraka-Nya
agar kita bahagia dalam keadaan sebenarnya
tidak kita sedih melainkan atas kecelekaan yang sebenarnya

Wahai bakal tulang rusukku
moga lantunan bicara hatiku mencapaimu
di tanah terang ini kubuka hatiku
ketahuilah bahawa aku sedang bersiap menjemputmu

bukan dengan tangan kosong
tetapi dengan jiwa yang dengan-Nya terus terhubung
bukanlah kesatuan kita hanya satu nikah
tetapi ia adalah tiang pembinaan ummah..

Email dari: Syed Haszanorizwan Syed Hassan

~bismillahirrahmanirrahim~
saja nak share & buat simpanan peribadi (macam matlamat asal blog ni dibuat..-luahan peribadi- eceyh..)

haish..best je baca notes ni..(yang belum pernah baca, silalah...tp,mungkin bagi kamu2, notes ni biasa je, tapi bg war, rasa 'something' la bila baca notes ni..hehe touching lebih lak..hehe)

* memang sekarang ni ramai yg suka link/share noted dr FB kan..war bukan nak ikut2 trend, cuma nak letak kat satu tempat yg senang nak buat rujukan masa depan..huhu..

ilalliqa'.. semoga bermanfaat