Rabu, 6 Julai 2011

Bebelan July (1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat sejahtera ke atas kamu (Assalamualaikum)
Semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya.(InsyAllah)

Topik hari ni, (eceyh..sengal lah wardah)' Ranting/Rage..eh, Bebelan je kot..huhu.

sebenarnya sejak 18 June hari tu, memang dah tak tau macam mana nak tukarkan fokus kat perkara lain. mesti akak fikir pasal perkara macam ni, atau yang berkaitan dengan beliau. Gatai nooo..huhu
Malam tadi lak, stalker harta dia yang tengah dipinjamkan kat war... padahal nak buat kerja, end up dengan selongkar harta dia tu dari pas azan isya' sampai 2.30pg. isk2..tak amanah ke namanya? (T_T) Entahla, tapi war tau yang dia expect war akan buat benda ni..sbb macam dah ditapis je..huhu (^_^)

Awak, saya tak tahu awak akan baca tak bebelan ni. Sebab dah penat membebel secara nyata & dalam phone. Dan jujur, saya tak nak cabar awak, dan tak teringin pun nak tengok awak sampai awak punya 'boiling point' kalau saya timbulkan isu yang sama. Tapi jujur, selagi hal ni tak settle, atau mungkin paling teruk, seumur hidup war, war akan tanya soalan yang sama. 'Betul ke keputusan awak ni?' betul sanggup terima saya apa adanya? mensyukuri kelebihan saya yang sebesar zarah ni, dan meredhai kekurangan saya yang menggunung ni? Bimbing saya awak. Saya harap kita saling melengkapi.
Ya, We are different. And I hope, we are not Deviant, but Complement each other (betul ke aku eja ni..haha, yang penting, isu utama: harap kita ni berbeza untuk saling melengkapi'
Mungkin kita ada banyak buat silap dalam menuju ke arah menghalalkan hubungan..harapnya, smua silap tu kita jadikan sempadan.

Sekian...Bebelan untuk hari ini..*hehe..x paham aku, aku taip semua ni wat luahan perasaan je, tak harap pun ada yang nak baca (except awak) hahahaha...

Buat bakal Zauj ku,
ku harap engkaulah pemilik tulang rusuk yang dipinjamkan untukku.
Usah terlalu menyanjung kelebihanku, bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku.
Usah terlalu berbangga akan keupayaanku, bimbang kau akan kecewa dgn kelemahanku.
Usah terlalu memuji segala kebaikanku, bimbang kau akan teruji dgn kejahatanku.
Usah terlalu berharap akan diriku, bimbang nanti yg kau harap, tidak seperti yg engkau mahu...~

2 ulasan:

  1. smart2 lah ayat ko guna... sedap baca

    BalasPadam
  2. ngaaa..jangan baca..(hahaha....)
    *thanks...kekadang aku kopipes je kot..(dgn jahatnya,since aku x acknowledge sumber..sbb selalu cuma hafal d words, bkn d writer)=p
    so, sila risaukan diri anda, takut aku kopipes citer ko..hahaha hayok(gelak jahat)

    BalasPadam