Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2011

Janji Allah itu Pasti

JANJI ALLAH UNTUK MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN..~

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?~

Selasa, 27 September 2011

Bersediakah??

Bersediakah Anda Menjadi Suami? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3690-bersediakah-anda-menjadi-suami.html

Bismillahirrahmanirrahim.

Seriusly, semalam baru je sampai surah At-Thalaq ni... hari ni pulak terbaca artikel yang berkaitan. Jadi, Hikmahnya, war harus simpan artikel ni kat tempat yang war senang nak rujuk kot.. (blog sendiri la pun...hehehe)

"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]

4 Ciri Utama Penentu Kebersediaan anda sebagai seorang suami.
1) Kepimpinan
2)ketegasan
3)Pemelihara dari api neraka
4)Memberi Nafkah.

Semua huraian ada dalam link di atas.

*Pesanan buat diri sendiri.
Betulkan diri sendiri dulu war, tak yah nak susah payah cuba ubah orang lain.

"Wahai wanita solehah (insyaAllah baru nk gerak ke arah tu)...
Jgn risau akan jodohmu,
kerana Muslimin yg bijaksana
tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan,
lirikan senyuman, pada bicara manja menggoda @
pada pujuk rayu wanita yg meruntuhkan imannya.

Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu...
CUMA
peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kamu tetap di atas jalanNya,
insyaAllah si dia turut di jalan yang sama."
(^_^) Nice sms from kak shida...

hm..jadi wardah, kot-kot jumpa dengan 'pemilik tulang rusuk' yang dipinjamkan utk mencipta kamu sok,
jangan pernah menyesal kalau 'beliau' tidak sepeti yang kamu harapkan.
Sebab sedikit sebanyak, kamu juga penyumbang kepada sikap 'beliau' itu...
Mungkin kamu tak cukup baik, maka tak layak untuk dapat 'beliau' seperti yang diidamkan..

Maka...
BERUBAHLAH...agar 'beliau' (yang masih lagi menjadi rahsia Allah itu) turut diberi hidayah untuk menjadi lebih baik...
InsyaAllah.

May Allah Bless.....

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ramadhan... sekejapnye berlalu

Dan Tuhanmu berkata ,Berdo’alah kamu kepadaKu, Pasti akan Kuperkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina” (Q.S. Al Mu’min : 60).
Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan ni Cuma datang setahun sekali je. Tahun depan, tak tahu yang kita sempat nak bertemu lagi tak. Tapi kenapalah diri ni kadang-kadang terlupa/terleka dengan fakta ni. Abaikan peluang yang ada, padahal masa nilah semua ibadah, pahala dilipatgandakan.. hukhuk dah mensia-siakan beberapa hari ni. Kena Gerak!!! Laju sket. Ramadhan dah nak habis.. (T_T)

Ops, peringatan buat diri sendiri. Janganlah jadi hamba Ramadhan..jadilah hamba Allah.
Sebab ada je orang yang puasa, tapi masih tinggalkan solat. Bukan ke rukun solat tu lebih awal dari rukun Puasa? hm,harap kita semua tak tergolong dalam kategori hamba ramadhan. Dan kalau tersilap, boleh je nak berubah, selagi nyawa masih kat badan, selagi matahari masih terbit dari Timur. Jom Berubah!!!

(^_^)Buat kawan-kawan
Jaga Kesihatan
Jaga Keselamatan
Jaga Solat
Jaga Iman
Jaga Amal
Jaga Hubungan ngan Kengkawan
Jaga Tertib & Hubungan dengan Al-Quran
Jaga Hubungan dengan Allah
Jaga Pandangan
Jaga Tingkahlaku
Jaga Aurat
Jaga Batas Pergaulan
Jaga lah semua..hahaha (macam banyak pesanan buat diri sendiri je..hehe)


✿ WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~ ~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung ✿ ✿ ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~ ~* Tapi orang yang baik tentu akan solat ✿ ...... ✿ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang ~Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa✿

Ilalliqa'..12 Ramadhan 1423H

Selasa, 26 Julai 2011

InsyaAllah...

Bismillahirrahmanirahim...

*Quick updates/reminder for myself.

Berubah.kerana Allah.
Kembali kepada fitrah,insyaAllah.
Kesempurnaan hanya milik Allah.

Janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakan' pasangan 'jahat' yg belum halal bgimu , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang & putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu, bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar
Source: Zaharuddin.net

Selasa, 12 April 2011

kecil hati? (ni mmg copy paste dr forwarded email)

* p/s: peringatan buat diri sendiri;
 sumber asal, x diketahui, tp dapat email ni dari muhamad shaifullah jailani. tak pasti kalau beliau memang penulis asal karya ni (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMU akan keredhaanMU serta syurga..
Dan kami berlindung denganMU dari kemurkaanMU dan api neraka..




Okay, this is really the last one for this holiday.
Sayang rasanya kalau tak kongsi dengan antum.

Last Monday, I followed my family went to Rawang coz my sisters want to meet their friend. We stopped by a mini bookshop there and I found many informative bookmarks. One of the bookmarks was written:

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

[phm kan betul2]

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa2 pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dri Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yg dh leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... ook....

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita. "Dia dh banyak buat aku mcm ni, mcm tu..." dn sebagainya. Dan kawan2 kita pula akan cerita pada kwn2 lain. "Kesian kwn kita tu.. budak tu dh byk sakitkan hati dia,....." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili


So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah.

Ana mintak maaf sgt2 kat orang yg dh buat ana kecik hati.. tak sedar pasal kenyataan ni..

Wallahu a'lam

Tuhan, maafkan hamba2 yg khilaf ini...

Jangan Engkau jauhkan kami dari redha dan cintaMU ya Rabbii..

Ajarkan kami akhlak para Nabi-nabi..

Bantulah kami melawan nafsu jahat yg sudah sebati dalam diri ini...

Hindarkan kami dari kafir dan yahudi..

Maafkan kami Tuhan.. Musuh2MU seringkali menjadi idola kami tanpa kami sedari..

Atau mungkin kami sedar, tapi kami lebih memilih nafsu dari Engkau, ya ALLAH..

Maafkan kami, Tuhan.. kami sering meniru budaya org2 yg menyekutukan Engkau..

Kami hamba yg tidak mengenang budi, ya ALLAH.. kami menzalimi diri sendiri..

Pimpinlah kami yg tak layak ke jannahMU ini..

Tuhan, jauhkan kami dari jahannamMU yg menjulang tinggi..

Kuatkanlah ikatan persaudaraan dan kasih sayang antara kami..

Pimpinlah kami melalui jalan suram di dunia ini..

Berikan kami cahaya...

Kuatkan hati kami... ya Ilahi...

Aminn.. ya Rabbal 'Alamin..

Isnin, 21 Februari 2011

Why Bother about LOVE, if it wouldn't lasts............(T_T)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,msh dipanjangkan usia sampai hari ni... hari ni birthday adik pompuan aku..(21 Feb) ngee..dh 20thn dh dia...isk3..sekejap je masa berlalu...aku pun dh tua (T_T)

Akhir2 ni terfikir pasal hubungan lelaki-perempuan yg kita senang nk jumpa kat memana sekarang ni...
pastu try relatekan ngan ayat ni..
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumuskan dirimu ke lembah dosa dan maksiat. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu tidak mendapat keberkatan. Apa tidaknya, jika asas yg dibina daripada sumber dosa dan maksiat..
tett...jujur cakap...aku ni pun bukanlah 'SUCI' mana pun (haip! ni ikut ayat kawan fatin je eyh..bkn sbb lain) sbb aku pun kawan gak ngan budak laki..tapi kwn jelah..n ada gak yg rapat..cuma x de la sampai declare/cop someone as 'My Boy' (geli lah pulak..huhu). tp betulla..susah kalau dh rapat ngan berlainan jantina ni... sng terpesong niat..yelah, cas berbeza kot..hehe...
kembali kpd topik..kenapa nk sibuk2 bercouple2, ber'kawan' sungguh2 dgn sorang guy/girl tu, kalau akhirnya..dia bukan 'tulang rusuk' yg dicari2 a.k.a not the other half of yourself..sia2 je kan...(T_T)
ok,case study (eceyh)..
Let say, a gurl & a boy met, fall in love, then promised to be with each other, malangnya, yg boy tu masih study, or baru nk bekerja, yg membawa maksud yg dia x mampu lagi nk melamar girl tu utk dijadikan haknya yg sah dlm masa yg terdekat. (ok, got the view? huhu) Ha, nk menambahkan fakta, yg boy tu punya agama, biasa2 je (tp dlm proses penambahbaikan la..) Kenapa war nk masukkan isu agama? sat g cerita, tp pendek citer, kan ke dh digariskan dlm Islam, pemilihan/pencarian calon2 pasangan adalah berlandaskan 4 kriteria.. 
  1. .Kecantikannya
  2.  Hartanya
  3.  Keturunannya
  4. Agamanya...  Maka pilihlah yg beragama, sbg jaminan kebahagiaan di dunia & akhirat (maaf, klause yg tepat, dh lupa.. )
Ha...nk dibuat isu, yang girl tu dah bulat hati la nk menunggu si jejaka pujaannya... Malangnya,(jeng3...) tiba2 datang satu rombongan merisik khabar si gadis (nk masuk minang la...;p). Si Teruna B (baru masuk list) ni mmgla si gadis ni  tau orangnya..tapi setakat tau je lah..x kenal sangat pun.. Si gadis ni tau yang teruna ni baik  agamanya, akhlaknya, hubungan sesama manusia terjaga, n hubungan dengan Allah, InsyaAllah dijaga sebaiknya juga... Tapi, memandangkan dia dh kira 'berjanji' la jugak nak menunggu si jejaka dia ni tadi, dia pun bgtaula yg dia nak tolak lamaran tersebut... Tiba-tiba,dia dh di'hadapkan' dgn satu hadith Rasulullah ni:

Pesan Nabi SAW, "Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas"

(Riwayat Tirmizi)
ha..Amik kau! Macam ne? Ni bukan peraturan manusia biasa yg boleh nk dilanggar2..kot2la biasa buat 'break the rules' bagai.. Tp, ni kata2 Rasulullah.. dh kata mengaku Umat Muhammad SAW, takkan nk melanggar 'perintah' Baginda pulak kn....(T_T) so? fikir2 kan..

Kesimpulannya..(sebenarnye kes ni x habis, sbb si gadis tu x tau nk watpe skrg..haha).. sy bersimpati ngan si gadis tu, nk bg nasihat suh lupakan si jejaka dia (yg tak pasti lagi ntah berubah hati ke tak), n terima je mamat ni je sebenarnye.. tp yelah, bukan senang nk lupakan someone, apatah lg yg dh lama kenal, dh sayang, dh bersusah senang sama sblm ni..tup2, nk menikah ngan org lain..haish...simpati owh...

Mungkin jalan terakhir, mmg kena minta petunjuk dariNya..istikharah..cuma setahu war, si gadis ni belum berani nk buat kot..isk2..

Habis sudah entry hari ni...masih fikir kalau dapat nk tolong gadis ni, tapi tulah, takut tersilap cakap...war sendiri pun x betul sgt..n x de pengalaman ttg hal2 macam ni..macam ne nk tegur org lain lak kan?
X pelah, semoga segala urusan dunia & akhirat si gadis tu dipermudahkanNYa... Amiin...

Rabu, 26 Januari 2011

http://www.facebook.com/notes/syahirulcom/doa-cinta-insan-yang-bergelar-adam/17851275218403

Doa & Cinta insan yang bergelar Adam

by syahirul.com on Tuesday, January 25, 2011 at 5:29pm
Wahai Bakal Tulang Rusukku...
moga lantunan bicara hatiku mencapaimu
di tanah terang ini kubuka hatiku
ketahuilah bahawa aku sangat mencintaimu

tiadalah redha Allah itu terbina atas cintaku
bahkan cinta itu kubina atas cinta-Nya
maka janganlah kau risau wahai bidadari
kerna sayap yang akan muncul nanti utuhnya menembusi syurga

kau mahal tanpa tandingan ulung
maka kumahalkan diriku lebih dari emas hitam
menjemputmu bukan dengan air liur kosong
tetapi dengan amal yang menjirus neraka hingga terpadam

manifestasi cintaku biar syurga-Nya
manifestasi benciku biar neraka-Nya
agar kita bahagia dalam keadaan sebenarnya
tidak kita sedih melainkan atas kecelekaan yang sebenarnya

Wahai bakal tulang rusukku
moga lantunan bicara hatiku mencapaimu
di tanah terang ini kubuka hatiku
ketahuilah bahawa aku sedang bersiap menjemputmu

bukan dengan tangan kosong
tetapi dengan jiwa yang dengan-Nya terus terhubung
bukanlah kesatuan kita hanya satu nikah
tetapi ia adalah tiang pembinaan ummah..

Email dari: Syed Haszanorizwan Syed Hassan

~bismillahirrahmanirrahim~
saja nak share & buat simpanan peribadi (macam matlamat asal blog ni dibuat..-luahan peribadi- eceyh..)

haish..best je baca notes ni..(yang belum pernah baca, silalah...tp,mungkin bagi kamu2, notes ni biasa je, tapi bg war, rasa 'something' la bila baca notes ni..hehe touching lebih lak..hehe)

* memang sekarang ni ramai yg suka link/share noted dr FB kan..war bukan nak ikut2 trend, cuma nak letak kat satu tempat yg senang nak buat rujukan masa depan..huhu..

ilalliqa'.. semoga bermanfaat