Selasa, 26 Julai 2011

Selamat Hari Jadi Isteriku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Selamat Hari Jadi Isteriku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bismillahirrahmanirrahim..
sumber..atas tu punya link ye..hehe (tampal-cantum 100% dari sumber tu)

Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu! Pesanan ikhlas daripada Abang untuk dirimu yang bergelar isteri..

Sayangku, sesungguhnya...

-Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.

-Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah yaitu Yaumul Zalzalah.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catitan amalan daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.

-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.

Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini...

-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.

-sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya iman, ilmu serta amalan takwamu kepada Allah, maka ketahuilah hidupmu tiada makna.

Demikian itu isteriku...

Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,

-Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.

-Perbanyakkanlah membaca Al-Quran n maknanya, Kerana Dengan membaca Al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.

-Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.

-Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.

-Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.

-Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.

-Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.

-Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta di jaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)

-Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah !

-Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.

-Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah Di Yaumul Qiamah.

-Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah Az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.

" Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
Di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki JannahMu ya Allah." Amin !

" Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang Di Kasihi Iaitulah Robbul Izzati Dan Rasulullah Yang Dirindui "

Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku !

Ikhlas Dari Suamimu

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Kamarudin bin Toyo merupakan seorang penulis bebas yang sekadar ingin berkongsi nasihat dan pengalaman beliau dengan para pembaca. Blog beliau boleh dilayari di: http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan